| Tarikh | 03 Januari 2026 (Sabtu) |
| Masa | 2.30 Petang hingga 4.30 Petang |
| Tempat | NADI Pekan Naka |
Tujuan :
Tuisyen Rakyat di bawah inisiatif NADI Dilea diadakan kerana ingin membantu pelajar kurang berkemampuan meningkatkan prestasi pelajaran dan mengurangkan jurang pendidikan di Malaysia.
Aktiviti :
Tajuk pada minggu ini adalah Organ Respirasi yang disampaikan oleh guru yang berpengalaman dengan menggunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami oleh murid. Selain itu aktiviti kuiz yang dijalankan ketika kelas berlangsung menjadikan murid lebih bersemangat dan sekaligus dapat meningkatkan kefahaman murid dalam subjek sains.