| Tarikh | 11 Februari 2026 (Rabu) |
| Masa | 9.30 Pagi – 4.00 Petang |
| Tempat | NADI Pekan Naka |
Tujuan :
Pihak Lembaga Getah Malaysia (LGM) dari cawangan Alor Setar dan Sungai Petani telah mengadakan program One Stop Centre (OSC) bagi menyantuni khusus pekebun kecil getah dalam kalangan penduduk di sekitar Daerah Padang Terap untuk membantu urusan berkaitan pembaharuan & pendaftaran baru Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G).
Aktiviti :
Diantara khidmat kaunter yang disediakan adalah Pendaftaran dan Semakan Status PAT-G, Budi Madani Agri Komoditi dan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) .