| Tarikh | 06 september 2025 (Sabtu) |
| Masa | 9.30 Pagi – 4.00 Petang |
| Tempat | NADI Pekan Naka |
Tujuan :
Aktiviti yang dijalankan secara serentak di negeri Kedah, Kelantan & Terengganu ini adalah sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Program ini diadakan dengan tujuan mengaktifkan penggunaan NADI sebagai pusat interaksi sosial, pendidikan dan digital rakyat. Di samping itu, program ini juga dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan perpaduan nasional melalui aktiviti di peringkat komuniti, memupuk rasa cinta kepada negara merentasi semua lapisan masyarakat.
Aktiviti :
Sepanjang program ini berlangsung pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya adalah tayangan video kemerdekaan, Sesi Live Ucapan YBM, pertandingan mewarna kanak-kanak, saringan kesihatan, Puzzle Kemerdekaan, Jualan usahawan, memasak menu tema merdeka (Roti Jala), teka gula-gula, cabutan bertuah dan tontonan video kelas kesedaran e-sukan.