Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) merupakan inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibawah projek kerajaan iaitu Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Projek ini telah dilaksanakan oleh pelbagai syarikat telekomunikasi antaranya syarikat Telekom Malaysia (TM) dengan memfokuskan pemberian perkhidmatan jalur lebar ke luar bandar.
Pihak JKKK Pekan Naka yang dipengerusikan oleh Cikgu Shah Jahan Bin Mohamad Nasser mengusulkan penubuhan Pusat Internet 1Malaysia Pekan Naka ini kepada pihak seterusnya iaitu Yang Berhormat Puan Kama Noriah Binti Haji Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pedu. Seterusnya perkara ini dibawa kepada YB Dato’ Noor Sabrina Mohd Noor merupakan Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi, dan Sumber Tenaga Manusia Negeri Kedah dan telah meluluskan projek Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Naka.
Pusat Internet Pekan Naka beroperasi pada 01/10/2014 setelah lepas proses UAT bersama pihak Telekom Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia. Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Naka telah dirasmikan oleh YB Dato’ Noor Sabrina Mohd Noor merupakan Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi, dan Sumber Tenaga Manusia Negeri Kedah pada tanggal 2 Mei 2015.
Objektif penubuhan adalah untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan pelan jalur lebar kebangsaan. Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dengan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan. Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet serta melahirkan generasi yang celik ICT seterusnya meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PI1M.